Wattahack? Don’t Block My View!!!

Wattahack?

calvin_booger.jpg
Wattahack? Blogs like me, Comments like me, Looks like me…

3 Comments

3 responses so far ↓

  • abu hasanain aliskotlandy // July 28, 2008 at 8:45 am | Reply

    28 Mei 2008

    YBhg Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan
    Ibu Pejabat
    Badan Pencegah Rasuah Malaysia
    Blok D6, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    Peti Surat 6000
    62007 Putrajaya
    MALAYSIA

    YBhg Datuk Seri,

    LAPORAN PENYALAHGUNAAN KUASA (RASUAH) DATUK ABD RAHMAN BAKAR,
    BEKAS TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

    Merujuk kepada perkara di atas, adalah saya dengan ini memohon jasa baik YBhg Datuk Seri untuk menyiasat tentang urusan jual beli tanah tapak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang, Terengganu.
    Untuk makluman YBhg Datuk Seri, tanah tersebut yang terletak di Bukit Parit sebenarnya telah dibeli oleh seorang pensyarah UiTM Cawangan Dungun, Terengganu daripada tuan asalnya dengan harga RM 450,000. Setelah urusan jual beli tersebut selesai, tiba-tiba tuan tanah tersebut telah menjual pula tanah tersebut kepada Hj Mohd Rahim, bekas Bendahari UMNO Bahagian Marang, yang juga pemilik syarikat MRA Construction Sdn Bhd dengan harga yang sama.
    Kementerian Sumber Manusia kemudiannya telah membeli tanah tersebut yang seluas 20 ekar dengan harga sebanyak RM 2 juta daripada Hj Mohd Rahim. Dato’ Abd Rahman Bakar telah terlibat secara langsung dalam meyakinkan pihak kementerian untuk membeli tanah tersebut dengan harga berkenaan, sedangkan mengikut penilaian, harga tersebut adalah luar biasa (RM 100,000 seekar) sedangkan nilai di pasaran hanya RM 20,000 seekar.
    Untuk makluman YBhg Datuk Seri, Kg Bukit parit di mana tanah tersebut terletak, adalah sebuah kawasan luar Bandar yang dikelilingi hutan dan bukit.
    Untuk pengetahuan YBhg Datuk Seri juga, tapak ILP Marang sebenarnya telah disediakan oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Marang di Mukim Merchang, tetapi oleh kerana ingin membuat duit hasil komisyen jual beli tanah, Datuk Abd Rahman Bakar telah berpakat dengan Hj Mohd Rahim untuk mencadangkan tanah di Bukit Parit kepada pihak kementerian. Tanah tapak cadangan asal masih belum disentuh.
    Untuk makluman YBhg Datuk Seri juga, Datuk Abd Rahman Bakar juga terlibat dengan beberapa kes penyalahgunaan kuasa lain semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia. Antaranya:
    1) Kes penjualan tanah untuk pembangunan Ibu Pejabat PERKESO Wilayah Timur di Kuala Terengganu
    2) Kes penjualan tanah untuk tapak Advanced Technology Training Center (ADTEC) Kemaman, Terengganu.
    Dalam kedua-dua kes tersebut, beliau telah berpakat dengan seorang ahli perniagaan yang juga seorang ahli politik Terengganu, Dato’ Zubir Embong. Kedua-dua mereka made a lot of money daripada urusan jual beli tanah-tanah berkenaan yang mana pihak kementerian adalah pelanggan mereka dan Datuk Abd Rahman adalah Timbalan Menteri yang mempunyai pengaruh langsung (direct influence) di kementerian tersebut.
    Untuk maklumat YBhg Datuk Seri, hasil keuntungan yang diperolehi dalam urusan-urusan jual beli tanah tersebut, Datuk Abd Rahman Bakar telah membina sebuah banglo mewah berharga RM 1.2 juta di kampong beliau di Gelugor Kedai, Kuala Terengganu. Bersama dengan ini saya sertakan foto rumah tersebut untuk perhatian pihak YBhg Datuk Seri.
    Adalah menjadi harapan saya semoga YBhg Datuk Seri dapat menyiasat kes-kes penyalahgunaan kuasa ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelaku kesalahan tersebut. Pemimpin yang korup tidak akan diterima rakyat. Bersihkan kepimpinan Negara daripada korupsi.
    Sekian, terima kasih. Perhatian dan tindakan segera YBhg Datuk Seri dalam hal ini amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

    Sumber:
    Kementerian Sumber Manusia Malaysia
    Pejabat Tanah Daerah Marang, Terengganu
    Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO)
    UMNO Bahagian Marang, Terengganu

    s.k:

    YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
    Perdana Menteri Malaysia

    YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
    Ketua Pembangkang
    Parlimen Malaysia

    Datuk Hishamuddin Aun
    Ketua Pengarang Kumpulan NSTP
    Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar,
    Wilayah Persekutuan, MALAYSIA

    Ketua Pengarang
    Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
    46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin
    55200 Kuala Lumpur

    Ketua Pegawai Eksekutif
    SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (TV3)
    SRI PENTAS, BANDAR UTAMA
    47800 PETALING JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN

    Mohd Sayuti Omar
    Ketua Pengarang Siasah
    No 1 Aras 1 Bangunan Pharmacare,
    Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang,
    53100 KUALA LUMPUR

  • abu hasanain aliskotlandy // July 28, 2008 at 8:46 am | Reply

    14 Jun 2008

    Suhaimi Bin Ahmad
    461-A, Jalan Petani
    Chukai
    21200 Kemaman
    TERENGGANU

    Kepada;

    YBhg Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan
    Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia
    Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Malaysia
    Blok D6, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    Peti Surat 6000
    62007 PUTRAJAYA

    YBhg Datuk Seri,

    MOHON MAKLUMAN STATUS SIASATAN KES RASUAH
    DATO’ AHMAD BIN SAID, MENTERI BESAR TERENGGANU

    Merujuk kepada perkara di atas, saya mohon YBhg Datuk Seri agar memaklumkan kepada umum status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang dilakukan oleh YAB Dato’ Ahmad Bin Said, yang kini Menteri Besar Negeri Terengganu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ADUN Kijal.

    Sepertimana yang diketahui umum, Dato’ Ahmad Said telah disiasat oleh BPR kerana terbabit dengan rasuah dalam kes-kes berikut:

    1) Projek Roller Coaster di Kemaman pada 1995
    2) Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
    3) Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
    4) Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)
    5) Pemberian lesen arak dan judi kepada peniaga di Bandar Chukai

    Untuk makluman YBhg Datuk Seri, beliau juga pernah terlibat dalam kes-kes tidak bermoral sepertimana berikut:

    1) Skandal dengan anak seorang Penghulu bernama Ayu Bt Mohd Awang
    2) Cubaan merogol seorang pekerja wanita kedai perabot milik isteri beliau sendiri di Centre Point, Chukai, Kemaman

    Makluman kepada umum adalah penting agar rakyat mengetahui dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku dan bagi mengelakkan BPR dianggap sengaja menutup kes-kes yang melibatkan VIP atau ahli politik parti kerajaan.

    Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan pihak YBhg Datuk Seri jua.

    Terima kasih.

    Yang benar,

    SUHAIMI B AHMAD

    S.k:

    YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
    Perdana Menteri Malaysia

    YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
    Ketua Pembangkang
    Parlimen Malaysia

    Datuk Hishamuddin Aun
    Ketua Pengarang Kumpulan NSTP
    Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar,
    Wilayah Persekutuan, MALAYSIA

    Ketua Pengarang
    Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
    46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin
    55200 Kuala Lumpur

    Ketua Pegawai Eksekutif
    SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (TV3)
    SRI PENTAS, BANDAR UTAMA
    47800 PETALING JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN

    Mohd Sayuti Omar
    Ketua Pengarang Siasah
    No 1 Aras 1 Bangunan Pharmacare,
    Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang,
    53100 KUALA LUMPUR

  • abu hasanain aliskotlandy // July 28, 2008 at 8:47 am | Reply

    15 Jun 2008

    Kamaruzzaman B Ishak
    A 1541, Lorong Kemunting
    Sura Gate,
    20300 Dungun
    TERENGGANU

    Kepada;

    YBhg Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan
    Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia
    Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Malaysia
    Blok D6, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    Peti Surat 6000
    62007 PUTRAJAYA

    YBhg Datuk Seri,

    MOHON MAKLUMAN STATUS SIASATAN KES RASUAH
    DATO’ ROSLI MAT HASSAN, KETUA UMNO BAHAGIAN DUNGUN

    Merujuk kepada perkara di atas, saya mohon YBhg Datuk Seri agar memaklumkan kepada umum status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang dilakukan oleh Dato’ Rosli Mat Hassan, Ketua UMNO Bahagian Dungun, juga bekas Ahli Parlimen Dungun.

    Sepertimana yang diketahui umum, Dato’ Rosli Mat Hassan telah disiasat oleh BPR kerana terbabit dengan rasuah dalam kes-kes berikut:

    1) Projek Pembinaan Lebuhraya MRR 2 di Kuala Lumpur
    2) Projek Pembinaan Sekolah Menengah Serating di Marang (RM 15 juta) yang terbengkalai.
    3) Projek Tangki Air Simpanan Terbengkalai di Cherul, Kemaman (RM 10 juta)

    Makluman kepada umum adalah penting agar rakyat mengetahui dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku dan bagi mengelakkan BPR dianggap sengaja menutup kes-kes yang melibatkan VIP atau ahli politik parti kerajaan.

    Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan pihak YBhg Datuk Seri jua.

    Terima kasih.

    Yang benar,

    Kamaruzzaman B Ishak

    S.k:

    YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
    Perdana Menteri Malaysia

    YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
    Ketua Pembangkang
    Parlimen Malaysia

    Datuk Hishamuddin Aun
    Ketua Pengarang Kumpulan NSTP
    Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar,
    Wilayah Persekutuan, MALAYSIA

    Ketua Pengarang
    Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
    46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin
    55200 Kuala Lumpur

    Ketua Pegawai Eksekutif
    SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD (TV3)
    SRI PENTAS, BANDAR UTAMA
    47800 PETALING JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN

    Mohd Sayuti Omar
    Ketua Pengarang Siasah
    No 1 Aras 1 Bangunan Pharmacare,
    Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang,
    53100 KUALA LUMPUR

Leave a Comment